Mahkamah Bumiputera
- Posted: 9:33 PTG
- |
- Author: keller Purple
Mahkamah Bumiputera
1 Mahkamah Bumiputera hanya wujud di Sabah dan Sarawak.
Struktur Mahkamah Bumiputera
Mahkamah Bumiputera Sarawak Mahkamah Bumiputera Sabah
Mahkamah Rayuan Bumiputera Mahkamah Rayuan Bumiputera
I I
Mahkamah Bumiputera Residen Mahkamah Pegawai Daerah
I I
Mahkamah Daerah Bumiputera Mahkamah Bumiputera
I
Mahkamah Pegawai/Ketua Bumiputer
I
Mahkamah Ketua Kampung
Persamaan Mahkamah Bumiputera Sarawak dan Mahkamah Bumiputera Sabah
- Jika berlaku apa-apa kes yang berkaitan dengan perkahwinan atau seks dan kedua-dua pihak yang terlibat adalah daripada keturunan yang berbeza, adat pihak perempuan hendaklah digunakan.
- Sebarang pelanggaran adat boleh dibicarakan di Mahkamah Bumiputera asalkan salah seorang daripada pihak-pihak yang terlibat ialah Bumiputera.
Struktur Mahkamah Bumiputera Sarawak
1 Mahkamah Rayuan Bumiputera
(a) Personel Mahkamah Rayuan Bumiputera terdiri daripada;
(i) Hakim Mahkamah Tinggi
(ii) Setiausaha Hal-ehwal Bumiputera
(iii) dua orang pengapit
(b) Mahkamah ini diadili oleh tiga, lima, atau tujuh orang yang diketuai oleh Hakim Mahkamah Tinggi.
(c) Mahkamah ini mendengar kes-kes rayuan dari Mahkamah Bumiputera Residen.
2 Mahkamah Bumiputera Residen
(a) Personel Mahkamah Bumiputera terdiri daripada:
(i) Residen
(ii) Ketua
(iii) dua orang pengapit
(b) Mahkamah ini mendengar kes-kes rayuan dari Mahkamah Bumiputera bawahan.
(c) Residen berkuasa untuk menghentikan atau mengarahkan perbicaraan semula sesuatu kes di Mahkamah Bumiputera jika perbicaraan berkenaan tidak mematuhi undang-undang adat.
3 Mahkamah Daerah Bumiputera
(a) Personel Mahkamah Bumiputera terdiri daripada:
(i) Majistret
(ii) Pegawai Bumiputera
(i) Ketua Kampung
(ii) dua orang pengapit
(b) Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM50.
Struktur Mahkamah Bumiputera Sabah
1 Mahkamah Rayuan Bumiputera
a) Personel Mahkamah Rayuan Bumiputera terdiri daripada;

(b) Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun dan denda tidak melebihi RM200
4 Mahkamah Pegawai/Ketua Bumiputera
(a) Personel Mahkamah Pegawai/Ketua Bumiputera terdiri daripada:
(i) Pegawai atau Ketua Bumiputera
(ii) dua orang pengapit
(b) Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan dan denda tidak melebihi RM100.
5 Mahkamah Ketua Kampung
(a) Personel Mahkamah Ketua Kampung terdiri daripada:
(i) Ketua Kampung
(ii) dua orang pengapit
(b) Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM50.
Struktur Mahkamah Bumiputera Sabah
1 Mahkamah Rayuan Bumiputera
a) Personel Mahkamah Rayuan Bumiputera terdiri daripada;
(i) Hakim Mahkamah Tinggi
(ii) dua orang ketua bumiputera
2 Mahkamah Pegawai Daerah
(a) Personel Mahkamah Pegawai Daerah terdiri daripada;
(i) Pegawai Daerah
(ii) dua orang pengapit
(b) Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun dan denda tidak melebihi RM200
3 Mahkamah Bumiputera
(a) Personel Mahkamah Bumiputera terdiri daripada;
(i) Ketua Bumiputera
(ii) dua orang pengapit
(b) Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun dan denda tidak melebihi RM100
Bidang Kuasa Mahkamah Bumiputera
1 Mahkamah Bumiputera berkuasa untuk membicarakan:
(a) kes kesalahan melanggar undang-undang adat dan pihak-pihak yang terbabit ialah bumiputera, contohnya tentang perkahwinan, perkara seks, harta pusaka, dan tanah
(a) kes kesalahan melanggar undang-undang adat dan pihak-pihak yang terbabit ialah bumiputera, contohnya tentang perkahwinan, perkara seks, harta pusaka, dan tanah
(b) kes pelanggaran Undang-undang Adat Sarawak oleh seorang atau sekumpulan bumiputera
(c) kes pelanggaran Undang-undang Adat Melayu bukan Islam
(d) kes-kes diberi kuasa oleh undang-undang bertulis kepada Mahkamah Bumiputera
2 Kes yang melibatkan bumiputera Islam dibicarakan di Mahkamah Syariah dan hanya akan dibicarakan di Mahkamah Bumiputera jika perkara yang hendak dibicarakan tidak diliputi dalam Undang-undang Islam.
Rujukan:
Goay Teck Chong, Wong Yew Hong, Suraini Basir (2006). Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas I. Pearson Malaysia Sdn Bhd. Selangor