Mahkamah Tentera

  • Posted: 2:52 PTG
  • |
  • Author: keller Purple

Mahkamah Tentera

Struktur Mahkamah Tentera

1 Mahkamah Tinggi Tentera
   (a) Membicarakan pegawai berpangkat Staf Sarjan ke atas
   (b) Hakim ialah Leftenan Kolonel dan dua orang pegawai tinggi
2 Mahkamah Rendah Tentera
   (a) Membicarakan askar yang pangkatnya di bawah Staf Sarjan
   (b) Hakim ialah Yang Dipertuan (Mejar) dan dua orang lain (Kapten/Hakim Peguam)
3 Pegawai-pegawai yang menganggotai Mahkamah Tentera dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri Pertahanan.


Bidang Kuasa Mahkamah Tentera
1 Sesiapa juga yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan angkatan tentera
2 Askar simpanan yang dipanggil untuk berkhidmat dalam latihan tentera
3 Orang awam yang digaji oleh tentera atau sedang berkerja dengan pihak tentera
 Orang awam yang berada di atas kapal terbang atau tentera laut 
5 Kes-kes pecah amanah dan displin dalam angkatan tentera


Hukuman dan Rayuan Mahkamah Tentera
1 Hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tentera tertakluk kepada pengesahan seorang pegawai atasan tentera.
2 Jika melibatkan hukuman mati, pengesahan hendaklah diperoleh daripada Yang di-Pertuan Agong.
3 Hukuman yang dijatuhkan boleh dirayu di Mahkamah Tinggi.
4 Pengampunan boleh diperoleh daripada Yang di-pertuan Agong melalui
Lembaga Pengampunan.



Rujukan:
Goay Teck Chong, Wong Yew Hong, Suraini Basir (2006). Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas I. Pearson Malaysia Sdn Bhd. Selangor