Mahkamah Raja-Raja

  • Posted: 1:47 PTG
  • |
  • Author: keller Purple

Mahkamah Raja-Raja
Latar Belakang Penubuhan Mahkamah Khas Raja-Raja

1 Pada tahun 1993, Parlimen telah meminda Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kekebalan raja-raja.
2 Melalui pindaan itu, Mahkamah Raja-Raja ditubuhkan dan berkuat kuasa pada 30 Mac 1993.
3. Perkara 182 Fasal (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa apa-apa prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau raja sesebuah negeri atas sifat peribadi baginda hendaklah dibawa ke Mahkamah Khas Raja-Raja.


Keanggotaan Mahkamah Khas Raja-Raja

1 Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan (menjadi pengerusi)
2 Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi
3 Dua orang lain yang pernah memegang jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

Bidang Kuasa Mahkamah Khas Raja-Raja


1 Mahkamah Khas Raja-raja mempunyai bidang kuasa ekslusif untuk membicarakan:
(a) segala kesalahan yang dilakukan dalam Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong atau raja sesebuah negeri, dan
(b)segala kes sivil oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau raja sesebuah negeri.
2Mahkamah Khas raja-raja mempunyai bidang kuasa yang sama dengan mahkamah-mahkamah rendah, Mahkamah Tinggi, dan Mahkamah Persekutuan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana undang-undang persekutuan.
3.Keputusan Mahkamah Khas raja-raja adalah muktamad dan tidak boleh dicabar atau dipertikaikan dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.


Prosedur Perbicaraan di Mahkamah Khas Raja-raja


1 Sebarang dakwaan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau raja-raja, atau dakwaan oleh Yang di-Pertuan Agong atau raja-raja terhadap orang awam, hendaklah mendapat kebenaran Peguam Negara.
2.Yang di-Pertuan Agong atau raja-raja perlu berhenti daripada menjalankan tugasnya ketika perbicaraan kes jenayah sedang berlangsung.
3 Jika Yang di-Pertuan Agong atau raja-raja dipenjarakan oleh Mahkamah Khas untuk satu hari atau lebih, baginda mestilah turun daripada takhta negara atau negeri.
4.Yang di-Pertuan Agong atau raja-raja tidak boleh mengampuni diri sendiri; pengampuan hanya boleh dilakukan oleh Majlis Raja-raja dengan syarat pendapat Peguam Negara harus diambil kira.



Rujukan:

Goay Teck Chong, Wong Yew Hong, Suraini Basir (2006). Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas I. Pearson Malaysia Sdn Bhd. Selangor