Bab 7 Kebebasan Asasi Warganegara Malaysia

1 Kebebasan diri


(a) Tiada warganegara pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.
(b) Seseorang warganegara tidak boleh ditahan pihak polis lebih daripada 24 jam kecuali selepas dibawa ke hadapan seorang majistret untuk mendapatkan perintah tahanan.
(c) Seseorang warganegara yang ditangkap oleh pihak polis hendaklah diberitahu tentang sebab-sebab dia ditangkap dengan seberapa segera yang boleh dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan peguam yang dipilihnya dan dibela oelh peguan itu.
(d) Jika seseorang warganegara ditahan oleh pihak polis tidak mengikut undang-undang,dia boleh memohon habeas corpus daripada mahkamah untuk membebaskan dirinya.

2 Pengabdian dan kerja paksa

(a) Tiada warganegara pun yang boleh ditahan sebagai abdi.
(b) Segala jenis kerja paksa dilarang tetapi Parlimen boleh, dengan undang-undang, membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan bagi maksud-maksud negara.

3 Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang

(a) Tiada warganegara pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau ketinggalan yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang pada masa perbuatan atau ketinggalan itu dilakukan.
(b) Seseorang warganegara yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan dengan sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan itu.

4 Sama rata

(a) Semua warganegara adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak untuk mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
(b) Semua warganegara tidak boleh didiskriminasikan dari segi agama, kaum, keterunan, atau tempat lahir.

5 Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak

(a) Tiada warganegara pun boleh dibuang negeri atau ditahan daripada memasuki Persekutuan. (b) Setiap warganegara berhak untuk bergerak dengan bebasnya di seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya.

6 Kebebasan bercakap, berhimpun, dan menubuhkan persatuan

(a) Setiap warganegara bebas bercakap dan mengeluarkan fikirannya
(b) Setiap warganegara berhak berhimpun dengan aman
(c) Setiap warganegara berhak untuk menubuhkan persatuan.

7 Kebebasan agama

Setiap warganegara berhak untuk menganut dan mengamalkan agamanya.

8 Hak-hak berkenaan dengan pendidikan

(a) Tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara berdasarkan agama, kaum, keturunan, atau tempat lahir.
(b) Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk menubuhkan dan menyelenggarakan institusi untuk pendidikan kanak-kanak dalam kumpulan itu.

9 Hak terhadap harta

(a) Tiada warganegara pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(b) Tiada undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta dengan paksa pampasan yang mencukupi.


Rujukan:

Goay Teck Chong, Wong Yew Hong, Suraini Basir (2006). Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas I. Pearson Malaysia Sdn Bhd. Selangor