STPM/S900

PEPERIKSAAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

(STPM)

PENGAJIAN AM

Sukatan Pelajaran

dan Soalan Contoh

Sukatan pelajaran ini digunakan bagi peperiksaan tahun 2005 dan tahun-tahun seterusnya sehingga diberitahu.

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

KANDUNGAN

Sukatan Pelajaran 900 Pengajian Am

Sukatan Pelajaran 900 Pengajian Am

Pengenalan

Matlamat

Objektif

Bentuk Peperiksaan

Senarai Rujukan

900 PENGAJIAN AM

Pengenalan

Liputan sukatan pelajaran Pengajian Am amat luas. Kandungannya begitu luwes untuk mengambil kira variasi sumber dan tenaga pengajar. Peperiksaan bagi mata pelajaran ini pula menguji pengetahuan dan kemahiran calon yang diperoleh daripada semua bidang pengetahuan yang dipelajari, tidak semata-mata tertumpu kepada tajuk yang dibincangkan di dalam bilik darjah. Dengan demikian, calon seharusnya dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran mereka kepada masalah dan isu yang bersifat pelbagai disiplin dan antara disiplin. Ciri inilah yang memberikan identiti yang tersendiri kepada mata pelajaran ini.

Matlamat

Matlamat sukatan pelajaran Pengajian Am adalah untuk melahirkan pelajar prauniversiti yang berfikiran matang dan bermaklumat serta berupaya menyampaikannya secara berkesan sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Objektif

Objektif sukatan pelajaran Pengajian Am adalah untuk membina

(a) kemahiran mengeluarkan fikiran yang logik, teratur, dan berkesan dengan menggunakan pelbagai bentuk komunikasi,

(b) kebolehan memahami dan mengulas teks linear secara kritis dan objektif,

(c) kebolehan mentafsir dan menganalisis pelbagai bentuk teks linear dan bukan linear,

(d) kefahaman dan penghayatan tentang kenegaraan Malaysia dari perspektif sejarah dan semasa,

(e) keprihatinan terhadap perkembangan pembangunan negara, dasar-dasar negara, dan isu-isu semasa,

(f) kebolehan memahami dan menghayati saling kaitan pelbagai disiplin ilmu dan pengalaman.

Bentuk Peperiksaan

Peperiksaan bagi mata pelajaran ini terdiri daripada dua kertas, iaitu Kertas 1 dan Kertas 2

Kertas 1: Aneka Pilihan (2 jam)

Kertas ini mengandungi 60 soalan aneka pilihan. Calon dikehendaki menjawab semua soalan.

Kertas ini mengandungi soalan-soalan seperti yang berikut:

(a) Soalan berdasarkan kenegaraan Malaysia yang merangkumi sistem pentadbiran, sistem perundangan, dan sistem kehakiman,

(b) Soalan berdasarkan pengetahuan am yang merangkumi dasar dalam dan luar negara Malaysia, dan isu-isu semasa,

(c) Soalan berdasarkan penyelesaian masalah yang merangkumi soalan kuantitatif dan kualitatif.

Kertas 2: Esei (3 jam)

Kertas ini terdiri daripada lima bahagian iaitu, Bahagian A, B, C, D, dan E. Calon dikehendaki menjawab enam soalan, iaitu satu soalan daripada Bahagian A, B, D, dan E dan dua soalan daripada Bahagian C.

Bahagian A (25 markah)

Dua tajuk karangan disiplin sastera akan dikemukakan. Calon dikehendaki menulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan berdasarkan tajuk-tajuk yang diberi.

Bahagian B (25 markah)

Dua tajuk karangan disiplin sains akan dikemukakan. Calon dikehendaki menulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan berdasarkan tajuk-tajuk yang diberi.

Bahagian C (20 markah)

Bahagian ini mengemukakan empat petikan teks yang terdiri daripada dua petikan disiplin sastera dan dua petikan disiplin sains. Calon dikehendaki menjawab soalan kefahaman dan ulasan berdasarkan satu petikan teks bagi setiap disiplin.

Bahagian D (15 markah)

Bahagian ini mengemukakan dua soalan yang terdiri daripada teks linear. Calon dikehendaki mengalih bentuk daripada linear kepada bukan linear.

Bahagian E (15 markah)

Bahagian ini mengemukakan dua soalan yang terdiri daripada teks bukan linear, dan calon dikehendaki mengalih bentuk kepada linear.


Senarai Rujukan


Senarai Bacaan Umum

Bahan-bahan bacaan hendaklah terdiri daripada berbagai-bagai jenis. Antara bahan bacaan adalah seperti yang berikut.

1. Akhbar Harian.

2. Akta-akta yang berkaitan.

3. Buletin dan Risalah Kerajaan.

4. Laman Web Agensi-agensi Awam dan NGO yang relevan

5. Majalah tempatan dan antarabangsa.

Senarai Rujukan

Senarai rujukan di bawah ini merupakan panduan sahaja.

1. Ahmad Atory Hussain, 2001. Pengantar Pentadbiran Awam: Paradigma Baru, Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

2. Ahmad Atory Hussain, 2002. Kerajaan Tempatan: Teori dan Peranan di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Faiza Haji Tamby Chik, 2001. Mengenal Mahkamah Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. INTAN, 1991. Dasar-Dasar Kerajaan Malaysia, Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.

5. INTAN, 1991. Malaysia Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-Dasar Pembangunan, Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam.

6. INTAN, 1997. Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia, Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.

7. Jabatan Perangkaan Malaysia, diterbitkan setiap tahun, Buku Tahunan Perangkaan.

8. Kementerian Kewangan Malaysia, diterbitkan setiap tahun, Laporan Ekonomi.

9. Kementerian Penerangan Malaysia, Buku Rasmi Tahunan.

10. Noor Aziah Mohd Awal, 2003. Pengenalan Kepada Sistem Perundangan di Malaysia, Kuala Lumpur: International Law Book Services.

11. Perlembagaan Persekutuan (Edisi Terkini).

12. Rancangan-rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia.

13. Wan Azmi Ramli, 1993. Dasar Awam Di Malaysia, Jilid 1, Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

14. Wan Azmi Ramli, 1993. Dasar Awam Di Malaysia, Jilid 2, Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

15. Wan Arfah Hamzah, Ramy Bulan, 2003. An Introduction to The Malaysian Legal System, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

16. Zulhilmi Paidi, Rohani Abd Ghani, 2003. Kenegaraan Malaysia: Isu-isu Dalam Pembinaan Negara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • Posted: 9:59 PTG
  • |
  • Author: keller Purple
  • |
  • Filed under: Bank Soalan

SOALAN CONTOH

1 Yang manakah benar tentang matlamat Wawasan 2020?

I Pengagihan ekonomi yang seimbang

II Penggunaan sumber secara optimum

III Penekanan terhadap nilai kekeluargaan

IV Pembasmian kemiskinan mengikut wilayah

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

2 Pendekatan yang manakah yang digunakan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dalam Dasar Pembangunan Nasional?

I Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera

II Memberi penumpuan kepada pembasmian kemiskinan kaum tertentu

III Melibatkan sektor kerajaan dalam proses penyusunan semula masyarakat

IV Memberi penekanan kepada pembangunan sumber manusia yang berdaya saing

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

3 Yang manakah antara berikut benar tentang Dasar Pelan Induk Perindustrian Negara?

I Meluaskan pasaran dalam dan luar negeri

II Menumpukan kepada pengimportan teknologi tinggi

III Menggalakkan kajian penyelidikan dan pembangunan

IV Mengurangkan penglibatan industri kecil dan sederhana

A I dan III

B I dan IV

C II dan III

D II dan IV

4 Penyataan di atas adalah langkah-langkah bagi

A Dasar Penswastaan

B Dasar Pandang ke Timur

C Dasar Persyarikatan Malaysia

D Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara

5 Yang manakah antara berikut matlamat Dasar Penswastaan?

I Mengagihkan sumber secara cekap

II Mengurangkan beban kewangan kerajaan

III Menggalakkan kerjasama sektor swasta dan awam

IV Menambahkan kemudahan bagi meninggikan pendapatan

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV


Bab 10 Jabatan Perdana Menteri Dan Agensi-agensi Pusat



Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya

1 Jabatan Perdana Menteri ialah jabatan yang paling penting antara semua kementerian dalam pentadbiran awam Kerajaan Persekutuan

2 Jabatan Perdana Menteri Berfungsi seperti Pejabat Ketua Setiausaha Negeri atau Pejabat Ketua Menteri yang merupakan jabatan utama di peringkat negeri.

3 Fungsi-fungsi Jabatan Perdana Menteri adalah seperti berikut:
(a) merancang, merumuskan, dan menyelaraskan segala dasar negara
(b) menentukan pelaksanaan dasar negara oleh kementerian lain adalah cekap dan berkesan
(c) mengurus Majlis Perancang Negara, Majlis Pembangunan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Majlis Tindakan Ekonomi Negara, dan Majlis Khidmat Negara.

Agensi-Agensi Pusat

1 Agensi-agensi pusat membantu perlaksanaan tugas-tugas di semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

2 Tugas utama agensi-agensi pusat adalah untuk membantu, menyelaraskan, dan mengawal kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan.

3 Pakar perunding dan pakar penyelidik menjalankan bidang tugas masing-masing dalam agensi-agensi pusat.

4 Terdapat lima buah agensi pusat di bawah Jabatan Perdana Menteri, iaitu:
(a) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
(b) Unit Perancang Ekonomi (EPU)
(c) Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
(d) Unit Penyelidikan Sosioekonomi (SERU)
(e) Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

5 Agensi pusat yang keenam, iaitu Perbendaharaan Malaysia, terletak di bawah Kementerian Kewangan.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

1 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berperanan untuk merancang dan melaksanakan dasar kerajaan yang berkenaan dengan perkhidmatan awam.

2 Funsi-fungsi JPA adalah seperti berikut:
(a) menggubal dasar-dasar pengambilan dan penamatan kerja kakitangan kerajaan
(b) mewujudkan kekosongan jawatan kakitangan awam Persekutuan
(c) menggubal gaji skim Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
(d) membincangkan kenaikan gaji, elaun, dan pencen kakitangan kerajaan melalui wakil masing-masing.
(e) berbincang dengan bahagian Perbendaharaan Malaysia tentang penambahan kakitangan kerajaan, kenaikan gaji, bonus, dan insentif
(f) mengelolakan dan mentadbirkan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
(g) menyediakan kemudahan biasiswa dan hadiah latihan untuk kakitangan kerajaan melalui INTAN
(h) memutuskan pertukaran dan penghantaran kakitangan kerajaanke tempat atau jawatan yang sesuai

Unit Perancang Ekonomi (EPU)

Fungsi-fungsi EPU

(a) membantu kerajaan merancang ekonomi negara
(b) menjadi urus setia kepada Majlis Perancang Negara, Jawantankuasa Perancang Pembangunan Negara, Jawantankuasa Pelaburan Antarabangsa
(c) membantu perancangan Rancangan Malaysia Lima Tahun untuk Kabinet
(d) mengkaji kejayaan yang telah dicapai sewaktu Rancangan-Rancangan Lima Tahun dilaksanakan.
(c) menyelaraskan dan memastikan badan-badan kerajaan melaksanakan projek-projek ekonomi yang telah diluluskan
(f) menasihati kerajaan tentang isu-isu ekonomi negara dan antarabangsa
(g) menjadi urus setia kepada Progran Kerjasama Teknikal Malaysia (Malaysian Technical Cooperation Programme - MTCP) untuk negara-negara sedang membangun

Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)

Fungsi-fungsi (ICU)

(a) memastikan dasar-dasar ekonomi kerajaan mencapai matlamat yang diharapkan oleh kerajaan; misalnya Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Penswastaan, dan Dasar Pandang ke Timur
(b) menyelaraskan usaha antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri sewaktu melaksanakan program-program pembangunan
(c) menjadi urus setia kepada Majlis Pembangunan Negara
(d) mengawasi agensi-agensi dan perbadanan awam seperti PETRONAS, PNS, HICOM, dan MISC supaya kegiatannya selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional
(e) membantu kerajaan untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian
(f) melaksanakan tugas-tugas khas seperti:
(i) menyediakan pusat khidmat bagi menyelesaikan masalah kontraktor bumiputera
(ii) membasmikan kemiskinan relatif
(iii) menyusun semula masyarakat dengan meningkatkan keupayaan sektor swasta golongan bumiputera

Unit Penyelidikan Sosioekonomi (SERU)

Fungsi-fungsi SERU
(a) mengkaji kesan-kesan dasar kerajaan dan program-program pembangunan negara terhadap rakyat
(b) mengkaji dan mendapatkan maklumat dan data untuk membolehkan kerajaan merangka program baru
(c)menjalankan penyelidikan tentang pembangunan pertanian, pembangunan luar bandar, kemajuan perindustrian, dan kesan-kesan perbandaran terhadap sosioekonomi negara.
(d) membekalkam maklumat sosioekonomi kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) serta badan-badan kerajaan yang lain untuk perancangan pembangunan negara

UnitPemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Fungsi-fungsi MAMPU
(a) mencadangkan pembaharuan dalam cara-cara pengurusan pejabat-pejabat kerajaan
(b) meningkatkan kecekapan di kalangan kakitangan kerajaan
(c) memodenkan sistem pentadbiran awam dengan memperkenalkan penggunaan komputer dan kaedah komunikasi moden seperti Internet
(d) mengadakan Program Kualiti dan Produktiviti, Program Kerajaan Elektronik, Pembangunan MS ISO 9000, dan sebagainya
(e) memberikan khidmat rundingan pengurusan kepada organisasi kerajaan


Rujukan:

Goay Teck Chong, Wong Yew Hong, Suraini Basir (2006). Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas I. Pearson Malaysia Sdn Bhd. Selangor


Bab 9 Badan Eksekutif : Kabinet


Doktrin Pengasingan Kuasa

1 Kerajaan Malaysia mengamalkan sistem pentadbiran persekutuan dan doktrin pengasingan kuasa.

2 Doktrin pengasingan kuasa dapat dilihat melalui pembahagian kuasa kerajaan kepada tiga buah badan berikut:

Eksekutif
- melaksanakan undang-undang dan pentadbiran
-dibahagikan kepada:
(i) Kerajaan Persekutuan (Kabinet)
(ii) Kerajaan Negeri

Kehakiman
-mentafsirkan undang-undang
-dibahagikan kepada mahkamah awam dan mahkamah khas

Perundangan
-menggubal, meminda, dan meluluskan undang-undang
-merujuk kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri


3 Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa tertinggi dalan ketiga-tiga buah badan itu.

4 Pengasingan kuasa tersebut bertujuan untuk:
(a) melindungi hak seseorang
(b) mengelakkan penyalahgunaan kuasa
(c) menjamin kecekapan pentadbiran

5 Organisasi-organisasi kerajaan diwujudkan dengan tujuan:
(a) membahagikan tugas-tugas kerajaan untuk mengelakkan pertindihan kerja
(b) menentukan bidang kuasa unit-unit pentadbiran untuk memudahkan kawalan

6 Organisasi kerajaan secara umumnya mempunyai peringkat yang banyak, dipenuhi birokrasi, dan pengurusannya tidak lancar seperti sektor swasta.

Kabinet (Jemaah Menteri)

1 Kabinet atau Jemaah Menteri dianggotai oleh Perdana Menteri dan menteri-menteri lain.

2 Anggota-anggota Kabinet oleh Yang di-Pertuan Agong.
(a) Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu melantik Perdana Menteri daripada anggota-anggota Dewan Rakyat menurut budi bicara baginda
(b) Yang di-Pertuan Agong kemudian akan melantik menteri-menteri lain daripada anggota-anggota Dewan Rakyat atan Dewan Negara atas nasihat Perdana Menteri.

3 Kabinet ialah badan penggubal dasar Kerajaan Persekutuan.

4 Kabinet melaksanakan kuasa eksekutif KerajaanPersekutuan atas nama Yang di-Pertuan Agong

5 Kabinet bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen, iaitu semua anggota kabinet sama-sama bertanggungjawab atas segala keputusan yang dibuat oleh Kabinet.

6 Tugas-tugas adalah seperti yang berikut:
(a) mentadbir kerajaan Persekutuan mengikut bidang kuasa yang terdapat dalam Senarai Persekutuan
(b) menggubal dasar kerajaan
(c) memperinci dasas-dasar umum yang dijanjikan kepada rakyat
(d) membentuk dasar koordinasi yang bertujuan untuk membina kerajaan yang cekap dan efektif
(e) menangani sebarang masalah kecemasan yang melibatkan negara dan rakyat

Saraan Anggota Kabinet

Saraan anggota kabinet dan timbalan menteri ditetapkan oleh Parlimen dan ditanggung oleh Kumpulan Wang Persekutuan yang Disatukan.


Perdana Menteri

1 Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut budi bicara baginda dan tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:
(a) Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat
(b) Perdana Menteri mestilah mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli Dewan Rakyat
(c) Kewarganegaraan Perdana Menteri mesti diperoleh melalui kuat kuasa undang-undang

2 Perdana Menteri mempengerusikan Kabinet dan memimpin kerajaan.

3 Perdana Menteri juga ketua eksekutif negara melaksanakan kuasa eksekutif sementara
kuasa eksekutif dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

4 Tugas-tugas Perdana Menteri adalah seperti berikut:
(a)menjadi penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong
(b) menamakan senarat menteri Kabinet untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
(c) menyelaraskan semua dasar negara
(d) menjadi jurucakap dalam hal-ehwal antarabangsa dan dalam negara
(e) bermohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen apabila sampai tempohnya

Pemecatan Perdana Menteri

1 Pemecatan Perdana Menteri boleh dilakukan melalui usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri oleh 2/3 ahli Dewan Rakyat.

2 Jika Dewan Rakyat meluluskan usul tidak percaya itu, Perdana Menteri mempunyai dua pilihan, iaitu:
(a) meletakkan jawatan; atau
(b) bermohon kepada Yang di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen untuk membolehkan pilihanraya umum diadakan.

Rujukan:

Goay Teck Chong, Wong Yew Hong, Suraini Basir (2006). Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas I. Pearson Malaysia Sdn Bhd. Selangor

Bab 8 Yang di-Pertuan Agong


Pemilihan Yang Di-Pertuan Agong


1 Mana-mana daripada sembolan buah negeri beraja di Malaysia layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kecuali jika:
(a) baginda seorang remaja, atau
(b) baginda telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa baginda tidak mahu dipilih, atau
(c) Majlis Raja-raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa baginda tidak sesuai untuk menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong disebabkan kelemahan akal atau tubuhnya atau oleh sebab-sebab lain.

2 Sebarang ketetapan tentang memilih Yang di-Pertuan Agong tidak boleh diluluskan melainkan mendapat sokongan lima orang daripada sembilan anggota Majlis Raja-raja.

3 Majlis Raja-raja hendaklah menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada raja yang layak untuk dipilih, yang negeri baginda ialah negeri yang pertama dalam senarai pemilihan.

4 Apabila raja yang ditawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong menerima jawatan itu, Majlis Raja-raja hendaklah mengisytiharkan itu sebagai dipilih.

5 Kemudian, Penyimpan Mohon Besar Raja-raja, selaku Setiausaha Majlis Raja-raja, selaku Setiausaha Majlis Raja-raja hendaklah memberitahu keputusan itu secara bertulis kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

6 Yang di-Pertuan Agong mesti mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dihadapan Majlis Raja-raja dan Ketua Hakim Negara.

7. Gelaran penuh Yang di-Pertuan Agong ialah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong

1 Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara dan merupakan raja berperlembagaan.

2 Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Agama bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Sabah, Sarawak, Melaka, Pulau Pinang dan negeri baginda.

3 Yang di-Pertuan Agong lambang kedaulatan dan perpaduan negara.

4 Kedudukan Yang di-Pertuan Agong mengatasi semua orang dalam Persekutuan, iaitu keutamaan baginda mengatasi semua orang.

5 Yang di-Pertuan Agong tidak boleh didakwa atas apa-apa kesalahan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamh Khas Raja-raja.

6 Kuasa Eksekutif negara adalah dalam tangan Yang di-Pertuan Agong tetapi kuasa eksekutif dilaksanakan oleh Perdana Menteri dan Kabinet.

7 Yang di-Pertuan Agong ialah kompenan badan perundangan persekutuan tetapi baginda tidak mengambil bahagian dalam persidangannya.


Rujukan:

Goay Teck Chong, Wong Yew Hong, Suraini Basir (2006). Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas I. Pearson Malaysia Sdn Bhd. Selangor

Bab 7 Kebebasan Asasi Warganegara Malaysia

1 Kebebasan diri


(a) Tiada warganegara pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.
(b) Seseorang warganegara tidak boleh ditahan pihak polis lebih daripada 24 jam kecuali selepas dibawa ke hadapan seorang majistret untuk mendapatkan perintah tahanan.
(c) Seseorang warganegara yang ditangkap oleh pihak polis hendaklah diberitahu tentang sebab-sebab dia ditangkap dengan seberapa segera yang boleh dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan peguam yang dipilihnya dan dibela oelh peguan itu.
(d) Jika seseorang warganegara ditahan oleh pihak polis tidak mengikut undang-undang,dia boleh memohon habeas corpus daripada mahkamah untuk membebaskan dirinya.

2 Pengabdian dan kerja paksa

(a) Tiada warganegara pun yang boleh ditahan sebagai abdi.
(b) Segala jenis kerja paksa dilarang tetapi Parlimen boleh, dengan undang-undang, membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan bagi maksud-maksud negara.

3 Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang

(a) Tiada warganegara pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau ketinggalan yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang pada masa perbuatan atau ketinggalan itu dilakukan.
(b) Seseorang warganegara yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan dengan sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan itu.

4 Sama rata

(a) Semua warganegara adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak untuk mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
(b) Semua warganegara tidak boleh didiskriminasikan dari segi agama, kaum, keterunan, atau tempat lahir.

5 Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak

(a) Tiada warganegara pun boleh dibuang negeri atau ditahan daripada memasuki Persekutuan. (b) Setiap warganegara berhak untuk bergerak dengan bebasnya di seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya.

6 Kebebasan bercakap, berhimpun, dan menubuhkan persatuan

(a) Setiap warganegara bebas bercakap dan mengeluarkan fikirannya
(b) Setiap warganegara berhak berhimpun dengan aman
(c) Setiap warganegara berhak untuk menubuhkan persatuan.

7 Kebebasan agama

Setiap warganegara berhak untuk menganut dan mengamalkan agamanya.

8 Hak-hak berkenaan dengan pendidikan

(a) Tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara berdasarkan agama, kaum, keturunan, atau tempat lahir.
(b) Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk menubuhkan dan menyelenggarakan institusi untuk pendidikan kanak-kanak dalam kumpulan itu.

9 Hak terhadap harta

(a) Tiada warganegara pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(b) Tiada undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta dengan paksa pampasan yang mencukupi.


Rujukan:

Goay Teck Chong, Wong Yew Hong, Suraini Basir (2006). Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas I. Pearson Malaysia Sdn Bhd. Selangor

Bab 6 Perlembagaan Persekutuan


Perlembagaan Malaysia

1 Malaysia mempunyai perlembagaan bertulis yang disebut Perlembagaan Persekutuan.

2 Perlembagaan Persekutuan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.

3 Perlembagaan ini digubal oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jenning (Britain), Sir William Mckell (Australia), B Malik (India), dan Hakim A. Hamid (Pakistan)

4 Perlembagaan Persekutuan digubal berdasarkan 131 memorandum yang diserahkan oleh parti politik dan pertubuhan Tanah Melayu.

5 Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen yang merupakan sumber segala perundangan lain yang wujud dalam negara.

6 Perlembagaan Persekutuan mengandungi undang-undang tertinggi untuk mewujudkan sistem kerajaan yang teratur.

7 Perlembagaan Persekutuan dikanunkan tetapi boleh dipinda.

8 Perlembagaan Persekutuan memperakukan semua undang-undang yang digubal di Persekutuan sebelum Hari Merdeka dan juga semua undang-undang yang wujud di Sabah dan Sarawak sebelum Hari Malaysia.



Konsep Ketertinggian Perlembagaan

1 Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia.

2 Parlimen atau badan perundangan, badan kehakiman, dan badan eksekutif mendapat kuasa masing-masing daripada Perlembagaan Persekutuan.

3 Yang di-Pertuan Agong, sebagai ketua negara, juga menjalankan kuasanya mengikut Perlembagaan Persekutuan.

4 Sebarang undang-undang yang berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan hendaklah terbatal setakat mana undang-undang berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Rujukan:

Goay Teck Chong, Wong Yew Hong, Suraini Basir (2006). Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas I. Pearson Malaysia Sdn Bhd. Selangor




Bab 5 Konsep Organisasi Dan Struktur Pentadbiran Kerajaan

1 Tujuan utama organisasi pentadbiran adalah seperti yang berikut:

(a) mencapai objektif kerajaan yang telah ditetapkan
(b) membahagikan tugas-tugas kerajaan supaya dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan
(c) mengelakkan pertindahan kerja melalui penyelasasan
(d) menentukan bidang kuasa pejabat-pejabat pentadbiran supaya mudah dikawal dan megelakkan penyalahgunaan kuasa.

2 Organisasi kerajaan bersifat birokrasi kerana:
(a) terdapat pembahagian dan pengkhususan kerja
(b) mempunyai hierarki atau lapisan kuasa yang bertingkat-tingkat
(c) mempunyai peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur rasmi yang membebankan orang ramai
(d) kakitangan kerajaan yang berkhidmat dilantik sepenuh masa dan mempunyai tempoh perkhidmatan yang kekal dan berpencen
(e) melibatkan penyelenggaraan fail yang banyak.

Rujukan:

Goay Teck Chong, Wong Yew Hong, Suraini Basir (2006). Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas I. Pearson Malaysia Sdn Bhd. Selangor

Bab 4 Konsep Pengasingan Kuasa

Doktrin Pengasingan Kuasa


1 Doktrin ini dikemukan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah Perancis.

2 Mengikut doktrin ini, kuasa pemerintahan sesebuah negara ahli falsafah kepada tiga buah badan yang bebas, iaitu:
(a) Badan perundangan
(b) Badan eksekutif
(c) Badan Kehakiman

3 Kuasa ketiga-tiga buah badan ini mempunyai peranannya yang tersendiri.

4 Tujuan doktrin pengasingan kuasa ini adalah untuk:
(a) mengelakkan pertindahan bidang kuasa, iaitu pihak yang sama tidak terlibat dalam pengurusan lebih daripada satu kuasa
(b) mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada sesebuah badan tertentu
(c) membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu atau dipengaruhi oleh badan yang lain



Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia

1 Doktrin pengasingan kuasa yang diambil oleh Malaysia berbeza daripada doktrin pengasingan kuasa kuasa asal

2 Malaysia mengamalkan doktrin pengasingan kuasa yang menekankan kuasa relatif antara badan perundangan, badan eksekutif, dan badan kehakiman.

3 Yang di-Pertuan Agong, sebagai Ketua Negara, mempunyai kuasa tertinggi dalam badan perundangan, badan eksekutif, dan badan kehakiman.

4 Di peringkat Persekutuan, Perdana Menteri dan anggota-anggotan kabinetnya melaksanakan fungsi eksekutif di samping menjadi ahli badan perundangan (Parlimen) yang menggubal undang-undang.

5 Di peringkat negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri melaksanakan fungsi eksekutif di samping menjadi ahli badan perundangan (Dewan Undangan Negeri) yang menggubal undang-undang.

6 Beberapa ciri negara Malaysia adalah seperti berikut:
(a) mengamalkan demokrasi berparlimen (Parlimen dwidewan dan bercorak westminster)
(b) mempunyai raja berperlembagaan (Ketua Negara ialah Yang di-Pertuan Agong)
(c) mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan (terdapat Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri)
(d) mengamalkan doktrin pengasingan kuasa
(e) mengamalkan konsep ketertinggian Perlembagaan

Rujukan:

Goay Teck Chong, Wong Yew Hong, Suraini Basir (2006). Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas I. Pearson Malaysia Sdn Bhd. Selangor

Bab 3 Sistem Kerajaan

Kerajaan Persekutuan

1 Kerajaan Persekutuan merupakan gabungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

2 Kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa mutlak.

3 Setiap peringkat kerajaan mempunyai kuasa autonomi sendiri dalam bidang perundangan tertentu.

4 Setiap peringkat juga mempunyai kedudukan yang seimbang.

5 Kerajaan Pusat mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap hal ehwal luar negara dan hal umum.

6 Kerajaan Negeri mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap hal dalam negeri seperti tanah, hutan, dan pentadbiran negeri.

7 Tidak ada pihak yang mempunyai kuasa menindas terhadap pihak yang lain.

8 Contoh negara-negara yang mengamalkan Kerajaan Persekutuan ialah Amerika Syarikat, Brazil Australia, India, dan Malaysia.
Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Kesatuan

1 Kerajaan Kesatuan merupakan gabungan beberapa buah negeri dengan Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan.

2 Kerajaan Kesatuan berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

3 Contoh negara-negara yang mengamalkan Kerajaan Kesatuan ialah Britain, New Zealand, Perancis, Denmark, dan Indonesia.

Kerajaan Kesatuan

Kerajaan Konfederasi

1 Kerajaan Konfederasi merupakan sistem kerajaan yang memberikan kebanyakan kuasa pemerintahan kepada Kerajaan Negeri.

2 Kerajaan Pusat mempunyai kuasa pemerintahan terhad.

3 Kerajaan Pusat kurang berkuasa dan tersekat pentadbirannya.

4 Kerajaan Konfederasi diwujudkan melalui perjanjian longgar, contohnya Konfederasi Jerman Utara (1867-1871)

5 Kini, Kerajaan Konfederasi tidak wujud lagi.

Kerajaan Konfederasi


Rujukan:

Goay Teck Chong, Wong Yew Hong, Suraini Basir (2006). Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas I. Pearson Malaysia Sdn Bhd. Selangor