STPM/S900

PEPERIKSAAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

(STPM)

PENGAJIAN AM

Sukatan Pelajaran

dan Soalan Contoh

Sukatan pelajaran ini digunakan bagi peperiksaan tahun 2005 dan tahun-tahun seterusnya sehingga diberitahu.

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

KANDUNGAN

Sukatan Pelajaran 900 Pengajian Am

Sukatan Pelajaran 900 Pengajian Am

Pengenalan

Matlamat

Objektif

Bentuk Peperiksaan

Senarai Rujukan

900 PENGAJIAN AM

Pengenalan

Liputan sukatan pelajaran Pengajian Am amat luas. Kandungannya begitu luwes untuk mengambil kira variasi sumber dan tenaga pengajar. Peperiksaan bagi mata pelajaran ini pula menguji pengetahuan dan kemahiran calon yang diperoleh daripada semua bidang pengetahuan yang dipelajari, tidak semata-mata tertumpu kepada tajuk yang dibincangkan di dalam bilik darjah. Dengan demikian, calon seharusnya dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran mereka kepada masalah dan isu yang bersifat pelbagai disiplin dan antara disiplin. Ciri inilah yang memberikan identiti yang tersendiri kepada mata pelajaran ini.

Matlamat

Matlamat sukatan pelajaran Pengajian Am adalah untuk melahirkan pelajar prauniversiti yang berfikiran matang dan bermaklumat serta berupaya menyampaikannya secara berkesan sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Objektif

Objektif sukatan pelajaran Pengajian Am adalah untuk membina

(a) kemahiran mengeluarkan fikiran yang logik, teratur, dan berkesan dengan menggunakan pelbagai bentuk komunikasi,

(b) kebolehan memahami dan mengulas teks linear secara kritis dan objektif,

(c) kebolehan mentafsir dan menganalisis pelbagai bentuk teks linear dan bukan linear,

(d) kefahaman dan penghayatan tentang kenegaraan Malaysia dari perspektif sejarah dan semasa,

(e) keprihatinan terhadap perkembangan pembangunan negara, dasar-dasar negara, dan isu-isu semasa,

(f) kebolehan memahami dan menghayati saling kaitan pelbagai disiplin ilmu dan pengalaman.

Bentuk Peperiksaan

Peperiksaan bagi mata pelajaran ini terdiri daripada dua kertas, iaitu Kertas 1 dan Kertas 2

Kertas 1: Aneka Pilihan (2 jam)

Kertas ini mengandungi 60 soalan aneka pilihan. Calon dikehendaki menjawab semua soalan.

Kertas ini mengandungi soalan-soalan seperti yang berikut:

(a) Soalan berdasarkan kenegaraan Malaysia yang merangkumi sistem pentadbiran, sistem perundangan, dan sistem kehakiman,

(b) Soalan berdasarkan pengetahuan am yang merangkumi dasar dalam dan luar negara Malaysia, dan isu-isu semasa,

(c) Soalan berdasarkan penyelesaian masalah yang merangkumi soalan kuantitatif dan kualitatif.

Kertas 2: Esei (3 jam)

Kertas ini terdiri daripada lima bahagian iaitu, Bahagian A, B, C, D, dan E. Calon dikehendaki menjawab enam soalan, iaitu satu soalan daripada Bahagian A, B, D, dan E dan dua soalan daripada Bahagian C.

Bahagian A (25 markah)

Dua tajuk karangan disiplin sastera akan dikemukakan. Calon dikehendaki menulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan berdasarkan tajuk-tajuk yang diberi.

Bahagian B (25 markah)

Dua tajuk karangan disiplin sains akan dikemukakan. Calon dikehendaki menulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan berdasarkan tajuk-tajuk yang diberi.

Bahagian C (20 markah)

Bahagian ini mengemukakan empat petikan teks yang terdiri daripada dua petikan disiplin sastera dan dua petikan disiplin sains. Calon dikehendaki menjawab soalan kefahaman dan ulasan berdasarkan satu petikan teks bagi setiap disiplin.

Bahagian D (15 markah)

Bahagian ini mengemukakan dua soalan yang terdiri daripada teks linear. Calon dikehendaki mengalih bentuk daripada linear kepada bukan linear.

Bahagian E (15 markah)

Bahagian ini mengemukakan dua soalan yang terdiri daripada teks bukan linear, dan calon dikehendaki mengalih bentuk kepada linear.


Senarai Rujukan


Senarai Bacaan Umum

Bahan-bahan bacaan hendaklah terdiri daripada berbagai-bagai jenis. Antara bahan bacaan adalah seperti yang berikut.

1. Akhbar Harian.

2. Akta-akta yang berkaitan.

3. Buletin dan Risalah Kerajaan.

4. Laman Web Agensi-agensi Awam dan NGO yang relevan

5. Majalah tempatan dan antarabangsa.

Senarai Rujukan

Senarai rujukan di bawah ini merupakan panduan sahaja.

1. Ahmad Atory Hussain, 2001. Pengantar Pentadbiran Awam: Paradigma Baru, Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

2. Ahmad Atory Hussain, 2002. Kerajaan Tempatan: Teori dan Peranan di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Faiza Haji Tamby Chik, 2001. Mengenal Mahkamah Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. INTAN, 1991. Dasar-Dasar Kerajaan Malaysia, Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.

5. INTAN, 1991. Malaysia Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-Dasar Pembangunan, Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam.

6. INTAN, 1997. Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia, Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.

7. Jabatan Perangkaan Malaysia, diterbitkan setiap tahun, Buku Tahunan Perangkaan.

8. Kementerian Kewangan Malaysia, diterbitkan setiap tahun, Laporan Ekonomi.

9. Kementerian Penerangan Malaysia, Buku Rasmi Tahunan.

10. Noor Aziah Mohd Awal, 2003. Pengenalan Kepada Sistem Perundangan di Malaysia, Kuala Lumpur: International Law Book Services.

11. Perlembagaan Persekutuan (Edisi Terkini).

12. Rancangan-rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia.

13. Wan Azmi Ramli, 1993. Dasar Awam Di Malaysia, Jilid 1, Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

14. Wan Azmi Ramli, 1993. Dasar Awam Di Malaysia, Jilid 2, Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

15. Wan Arfah Hamzah, Ramy Bulan, 2003. An Introduction to The Malaysian Legal System, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

16. Zulhilmi Paidi, Rohani Abd Ghani, 2003. Kenegaraan Malaysia: Isu-isu Dalam Pembinaan Negara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.