Bab 6 Perlembagaan Persekutuan


Perlembagaan Malaysia

1 Malaysia mempunyai perlembagaan bertulis yang disebut Perlembagaan Persekutuan.

2 Perlembagaan Persekutuan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.

3 Perlembagaan ini digubal oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jenning (Britain), Sir William Mckell (Australia), B Malik (India), dan Hakim A. Hamid (Pakistan)

4 Perlembagaan Persekutuan digubal berdasarkan 131 memorandum yang diserahkan oleh parti politik dan pertubuhan Tanah Melayu.

5 Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen yang merupakan sumber segala perundangan lain yang wujud dalam negara.

6 Perlembagaan Persekutuan mengandungi undang-undang tertinggi untuk mewujudkan sistem kerajaan yang teratur.

7 Perlembagaan Persekutuan dikanunkan tetapi boleh dipinda.

8 Perlembagaan Persekutuan memperakukan semua undang-undang yang digubal di Persekutuan sebelum Hari Merdeka dan juga semua undang-undang yang wujud di Sabah dan Sarawak sebelum Hari Malaysia.



Konsep Ketertinggian Perlembagaan

1 Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia.

2 Parlimen atau badan perundangan, badan kehakiman, dan badan eksekutif mendapat kuasa masing-masing daripada Perlembagaan Persekutuan.

3 Yang di-Pertuan Agong, sebagai ketua negara, juga menjalankan kuasanya mengikut Perlembagaan Persekutuan.

4 Sebarang undang-undang yang berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan hendaklah terbatal setakat mana undang-undang berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Rujukan:

Goay Teck Chong, Wong Yew Hong, Suraini Basir (2006). Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas I. Pearson Malaysia Sdn Bhd. Selangor