Bab 9 Badan Eksekutif : Kabinet


Doktrin Pengasingan Kuasa

1 Kerajaan Malaysia mengamalkan sistem pentadbiran persekutuan dan doktrin pengasingan kuasa.

2 Doktrin pengasingan kuasa dapat dilihat melalui pembahagian kuasa kerajaan kepada tiga buah badan berikut:

Eksekutif
- melaksanakan undang-undang dan pentadbiran
-dibahagikan kepada:
(i) Kerajaan Persekutuan (Kabinet)
(ii) Kerajaan Negeri

Kehakiman
-mentafsirkan undang-undang
-dibahagikan kepada mahkamah awam dan mahkamah khas

Perundangan
-menggubal, meminda, dan meluluskan undang-undang
-merujuk kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri


3 Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa tertinggi dalan ketiga-tiga buah badan itu.

4 Pengasingan kuasa tersebut bertujuan untuk:
(a) melindungi hak seseorang
(b) mengelakkan penyalahgunaan kuasa
(c) menjamin kecekapan pentadbiran

5 Organisasi-organisasi kerajaan diwujudkan dengan tujuan:
(a) membahagikan tugas-tugas kerajaan untuk mengelakkan pertindihan kerja
(b) menentukan bidang kuasa unit-unit pentadbiran untuk memudahkan kawalan

6 Organisasi kerajaan secara umumnya mempunyai peringkat yang banyak, dipenuhi birokrasi, dan pengurusannya tidak lancar seperti sektor swasta.

Kabinet (Jemaah Menteri)

1 Kabinet atau Jemaah Menteri dianggotai oleh Perdana Menteri dan menteri-menteri lain.

2 Anggota-anggota Kabinet oleh Yang di-Pertuan Agong.
(a) Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu melantik Perdana Menteri daripada anggota-anggota Dewan Rakyat menurut budi bicara baginda
(b) Yang di-Pertuan Agong kemudian akan melantik menteri-menteri lain daripada anggota-anggota Dewan Rakyat atan Dewan Negara atas nasihat Perdana Menteri.

3 Kabinet ialah badan penggubal dasar Kerajaan Persekutuan.

4 Kabinet melaksanakan kuasa eksekutif KerajaanPersekutuan atas nama Yang di-Pertuan Agong

5 Kabinet bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen, iaitu semua anggota kabinet sama-sama bertanggungjawab atas segala keputusan yang dibuat oleh Kabinet.

6 Tugas-tugas adalah seperti yang berikut:
(a) mentadbir kerajaan Persekutuan mengikut bidang kuasa yang terdapat dalam Senarai Persekutuan
(b) menggubal dasar kerajaan
(c) memperinci dasas-dasar umum yang dijanjikan kepada rakyat
(d) membentuk dasar koordinasi yang bertujuan untuk membina kerajaan yang cekap dan efektif
(e) menangani sebarang masalah kecemasan yang melibatkan negara dan rakyat

Saraan Anggota Kabinet

Saraan anggota kabinet dan timbalan menteri ditetapkan oleh Parlimen dan ditanggung oleh Kumpulan Wang Persekutuan yang Disatukan.


Perdana Menteri

1 Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut budi bicara baginda dan tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:
(a) Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat
(b) Perdana Menteri mestilah mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli Dewan Rakyat
(c) Kewarganegaraan Perdana Menteri mesti diperoleh melalui kuat kuasa undang-undang

2 Perdana Menteri mempengerusikan Kabinet dan memimpin kerajaan.

3 Perdana Menteri juga ketua eksekutif negara melaksanakan kuasa eksekutif sementara
kuasa eksekutif dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

4 Tugas-tugas Perdana Menteri adalah seperti berikut:
(a)menjadi penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong
(b) menamakan senarat menteri Kabinet untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
(c) menyelaraskan semua dasar negara
(d) menjadi jurucakap dalam hal-ehwal antarabangsa dan dalam negara
(e) bermohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen apabila sampai tempohnya

Pemecatan Perdana Menteri

1 Pemecatan Perdana Menteri boleh dilakukan melalui usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri oleh 2/3 ahli Dewan Rakyat.

2 Jika Dewan Rakyat meluluskan usul tidak percaya itu, Perdana Menteri mempunyai dua pilihan, iaitu:
(a) meletakkan jawatan; atau
(b) bermohon kepada Yang di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen untuk membolehkan pilihanraya umum diadakan.

Rujukan:

Goay Teck Chong, Wong Yew Hong, Suraini Basir (2006). Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas I. Pearson Malaysia Sdn Bhd. Selangor