Bab 10 Jabatan Perdana Menteri Dan Agensi-agensi Pusat



Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya

1 Jabatan Perdana Menteri ialah jabatan yang paling penting antara semua kementerian dalam pentadbiran awam Kerajaan Persekutuan

2 Jabatan Perdana Menteri Berfungsi seperti Pejabat Ketua Setiausaha Negeri atau Pejabat Ketua Menteri yang merupakan jabatan utama di peringkat negeri.

3 Fungsi-fungsi Jabatan Perdana Menteri adalah seperti berikut:
(a) merancang, merumuskan, dan menyelaraskan segala dasar negara
(b) menentukan pelaksanaan dasar negara oleh kementerian lain adalah cekap dan berkesan
(c) mengurus Majlis Perancang Negara, Majlis Pembangunan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Majlis Tindakan Ekonomi Negara, dan Majlis Khidmat Negara.

Agensi-Agensi Pusat

1 Agensi-agensi pusat membantu perlaksanaan tugas-tugas di semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

2 Tugas utama agensi-agensi pusat adalah untuk membantu, menyelaraskan, dan mengawal kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan.

3 Pakar perunding dan pakar penyelidik menjalankan bidang tugas masing-masing dalam agensi-agensi pusat.

4 Terdapat lima buah agensi pusat di bawah Jabatan Perdana Menteri, iaitu:
(a) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
(b) Unit Perancang Ekonomi (EPU)
(c) Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
(d) Unit Penyelidikan Sosioekonomi (SERU)
(e) Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

5 Agensi pusat yang keenam, iaitu Perbendaharaan Malaysia, terletak di bawah Kementerian Kewangan.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

1 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berperanan untuk merancang dan melaksanakan dasar kerajaan yang berkenaan dengan perkhidmatan awam.

2 Funsi-fungsi JPA adalah seperti berikut:
(a) menggubal dasar-dasar pengambilan dan penamatan kerja kakitangan kerajaan
(b) mewujudkan kekosongan jawatan kakitangan awam Persekutuan
(c) menggubal gaji skim Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
(d) membincangkan kenaikan gaji, elaun, dan pencen kakitangan kerajaan melalui wakil masing-masing.
(e) berbincang dengan bahagian Perbendaharaan Malaysia tentang penambahan kakitangan kerajaan, kenaikan gaji, bonus, dan insentif
(f) mengelolakan dan mentadbirkan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
(g) menyediakan kemudahan biasiswa dan hadiah latihan untuk kakitangan kerajaan melalui INTAN
(h) memutuskan pertukaran dan penghantaran kakitangan kerajaanke tempat atau jawatan yang sesuai

Unit Perancang Ekonomi (EPU)

Fungsi-fungsi EPU

(a) membantu kerajaan merancang ekonomi negara
(b) menjadi urus setia kepada Majlis Perancang Negara, Jawantankuasa Perancang Pembangunan Negara, Jawantankuasa Pelaburan Antarabangsa
(c) membantu perancangan Rancangan Malaysia Lima Tahun untuk Kabinet
(d) mengkaji kejayaan yang telah dicapai sewaktu Rancangan-Rancangan Lima Tahun dilaksanakan.
(c) menyelaraskan dan memastikan badan-badan kerajaan melaksanakan projek-projek ekonomi yang telah diluluskan
(f) menasihati kerajaan tentang isu-isu ekonomi negara dan antarabangsa
(g) menjadi urus setia kepada Progran Kerjasama Teknikal Malaysia (Malaysian Technical Cooperation Programme - MTCP) untuk negara-negara sedang membangun

Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)

Fungsi-fungsi (ICU)

(a) memastikan dasar-dasar ekonomi kerajaan mencapai matlamat yang diharapkan oleh kerajaan; misalnya Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Penswastaan, dan Dasar Pandang ke Timur
(b) menyelaraskan usaha antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri sewaktu melaksanakan program-program pembangunan
(c) menjadi urus setia kepada Majlis Pembangunan Negara
(d) mengawasi agensi-agensi dan perbadanan awam seperti PETRONAS, PNS, HICOM, dan MISC supaya kegiatannya selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional
(e) membantu kerajaan untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian
(f) melaksanakan tugas-tugas khas seperti:
(i) menyediakan pusat khidmat bagi menyelesaikan masalah kontraktor bumiputera
(ii) membasmikan kemiskinan relatif
(iii) menyusun semula masyarakat dengan meningkatkan keupayaan sektor swasta golongan bumiputera

Unit Penyelidikan Sosioekonomi (SERU)

Fungsi-fungsi SERU
(a) mengkaji kesan-kesan dasar kerajaan dan program-program pembangunan negara terhadap rakyat
(b) mengkaji dan mendapatkan maklumat dan data untuk membolehkan kerajaan merangka program baru
(c)menjalankan penyelidikan tentang pembangunan pertanian, pembangunan luar bandar, kemajuan perindustrian, dan kesan-kesan perbandaran terhadap sosioekonomi negara.
(d) membekalkam maklumat sosioekonomi kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) serta badan-badan kerajaan yang lain untuk perancangan pembangunan negara

UnitPemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Fungsi-fungsi MAMPU
(a) mencadangkan pembaharuan dalam cara-cara pengurusan pejabat-pejabat kerajaan
(b) meningkatkan kecekapan di kalangan kakitangan kerajaan
(c) memodenkan sistem pentadbiran awam dengan memperkenalkan penggunaan komputer dan kaedah komunikasi moden seperti Internet
(d) mengadakan Program Kualiti dan Produktiviti, Program Kerajaan Elektronik, Pembangunan MS ISO 9000, dan sebagainya
(e) memberikan khidmat rundingan pengurusan kepada organisasi kerajaan


Rujukan:

Goay Teck Chong, Wong Yew Hong, Suraini Basir (2006). Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas I. Pearson Malaysia Sdn Bhd. Selangor