Bab 2 Bentuk Kerajaan

Monarki

1 Monarki ialah negara yang pemerintahannya dikuasai oleh raja atau sultan

2 Raja atau sultan menjadi pentadbir utana dan memonopoli kuasa eksekutif.

3 Pentadbiran negara dijalankan oleh kaum kerabat raja atau sultan

4 Warisan takhta kerajaan berdasarkan keturunan.

Contoh negara-negara monarki ialah Arab Saudi, Kuwait, dan Brunei Darussalam

Republik

1 Negara republik tidak mempunyai raja sebagai ketua negara.

2 Dalam kebanyakan republik moden, ketua negara ialah Presiden yang merupakan rakyat biasa.

3 Negara republik juga mengamalkan prinsip demokrasi, dengan Presiden dilantik atau dipilih dalam proses pilihan raya.

4 Contoh negara-negara republik ialah Amerika Syarikat, Filipina, Sri Lanka, Perancis, Portugal, Taiwan, Pakistan, India dan Singapura.

5 Sesebuah republik boleh mengamalkan sistem presiden atau sistem separa presiden.

  • Sistem Presiden

(a) Ketua negara ialah Presiden dan beliau juga menjadi ketua kerajaan.

(b) Presiden bertanggungjawab untuk mentadbirkan negara.

(c) Presiden dipilih secara terus oleh rakyat melalui pilihan raya.

(d) Contoh negara-negara yang mengamalkan sistem ini ialah Amerika Syarikat, Filipina, Indonesia, Mexico, dan Korea Selatan.

  • Sistem Separa Presiden

(a) Ketua negara ialah Presiden tetapi beliau bukan orang yang menjadi ketua kerajaan

(b) Ketua negara ialah Perdana Menteri.

(c) Kedua-dua Presiden dan Perdana Menteri mengambil bahagian dalam pentadbiran negara; hanya kuasa mereka diasingkan

(d) Contoh negara-negara yang mengamalkan sistem ini ialah Perancis, Sri Lanka, Portugal, Taiwan, Rusia, dan Peru.

Demokrasi

1 Negara yang mengamalkan demokrasi mempunyai kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.

2 Wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat itu pula merupakan anggota parti-parti politik yang berlainan.

3 Parti politik yang mendapat sokongan majoriti rakyat, iaitu mempunyai wakil yang paling banyak dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum akan berkuasa untuk membentuk kerajaan.

4 Oleh itu, sistem demokrasi berteraskan konsep "kerajaan rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat".

5 Ciri-ciri demokrasi termasuklah:
(a) hak asasi rakyat terjamin
(b) rakyat bebas untuk bersuara atau mengeluarkan idea.
(c) pilihan raya bebas diadakan untuk memilih kerajaan.
(d) rakyat yang memenuhi syarat umur tertentu berhak untuk mengundi dan bertanding dalam pilihan raya umum.
(e) pengundian dalam pilihan raya dibuat secara sulit.
(f) kemenangan dalam pilihanraya berdasarkan jumlah undi terbanyak yang diperoleh.

6 Negara yang mengamalkan domokrasi juga mengamalkan doktrin pengasingan kuasa.

7 Negara-negara demokratik juga mengamalkan dua bentuk pemerintahan iaitu sistem raja berperlembagaan atau sistem Republik.

8 Contoh negara-negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan ialah Malaysia, Britain, Negara Thai, dan Jepun.

9 Contoh negara-negara yang mengamalkan sistem Republik ialah Singapura, India, Filipina, dan Amerika Syarikat.

Rujukan:

Goay Teck Chong, Wong Yew Hong, Suraini Basir (2006). Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas I. Pearson Malaysia Sdn Bhd. Selangor